DASAR PRIVASI

POWER ROOT (M) SDN.BHD., syarikat-syarikat bersekutunya dan subsidiari-subsidiarinya (secara individu dan secara kolektif, “POWER ROOT”, “kita” atau “kami”) mengambil tanggungjawabnya di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang berkenaan (“Undang-undang Privasi”) dengan serius dan komited untuk melindungi privasi pengguna yang berinteraksi dengan kami mengenai data peribadi mereka. Dasar Privasi kami yang dibentangkan di bawah adalah menurut Undang-undang Privasi dan direka untuk membantu anda memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami dan/atau kami proses berkenaan dengan anda, samada sekarang atau di masa depan, serta membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat sebelum memberikan kami data peribadi anda. Sila baca Dasar Privasi ini dengan berhati-hati.

Dasar Privasi ini meliputi kedua-dua aktiviti pengumpulan data dalam talian dan luar talian kami, termasuk data peribadi yang kami kumpulkan melalui pelbagai saluran kami seperti tapak web, aplikasi, rangkaian sosial pihak ketiga, perkhidmatan penglibatan pengguna, (secara kolektif dikenali sebagai "Perkhidmatan") tempat jualan, kempen, peraduan dan acara (secara kolektif dikenali sebagai "Aktiviti"). Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengagregatkan data peribadi daripada sumber yang berbeza daripada Perkhidmatan atau Aktiviti. Dengan mengakses Perkhidmatan atau mengambil bahagian dalam Aktiviti, atau mendaftar akaun dengan kami, atau melawati laman web kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima amalan, keperluan dan/atau dasar yang dikemukakan dalam Dasar Privasi ini, dan dengan ini anda membenarkan kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda seperti yang ditertera di sini. JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DIHURAIKAN DALAM DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU AKSES LAMAN SESAWANG KAMI. Sekiranya kami mengubah Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan perubahan atau Dasar Privasi yang dipinda di laman sesawang kami. Kami berhak untuk meminda and mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa.

Data peribadi anda yang kami kumpulkan

Data peribadi bermaksud maklumat dalam pegangan kami yang berkaitan samada secara langsung atau tidak langsung kepada seseorang individu setakat membolehkan pengecaman individu ataupun pengecaman individu daripada maklumat lain dalam pegangan kami.

Data peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, salinan dan butir-butir dokumen pengenalan, nombor telefon, jantina, butir-butir akaun bank, alamat bil, sejarah pekerjaan, kredit dan rujukan semak, status perkahwinan, pensabitan kesalahan atau pendakwaan, butir-butir kewangan peribadi, maklumat keselamatan social serta apa-apa maklumat dan data yang dijana di dalam keadaan perhubungan biasa dengan kami yang mungkin merangkumi tandatangan, jawapan untuk soalan pengesahan keselamatan, nombor-nombor telefon kecemasan dan maklumat panggilan semula.

Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Kami akan mengumpul data peribadi anda sepanjang urusan kami dengan anda menerusi permohonan dan borang-borang lain yang dihantarkan oleh anda melalui laman web kami atau sebaliknya, surat-surat tawaran, perjanjian yang ditandatangani anda dan akses anda ke laman web kami. Kami juga akan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan am internet anda dengan menggunakan “cookies” yang disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Contoh-contoh di atas adalah tidak menyeluruh dan ia menetapkan beberapa contoh-contoh biasa apabila data peribadi tentang anda boleh dikumpulkan. Sesetengah pihak ketiga yang mengiklankan di laman web kami juga akan menggunakan “cookies” tetapi kami tidak mempunyai akses atau kawalan ke atas mereka. Anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menolak “cookies”, namun sekiranya anda menetapkan sedemikian, anda bermungkinan tidak dapat menikmati penggunaan laman web kami secara sepenuhnya. Maklumat peribadi anda juga mungkin dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk dan tidak terhad kepada, semasa kempen, peraduan, mesyuarat, acara, seminar, persidangan, ceramah, pameran bergerak, kaji selidik yang dianjurkan atau ditaja oleh pihak kami, dan juga dari sumber domain awam. Ini termasuk sebarang komunikasi oleh atau kepada kami.

Kami menggunakan data peribadi anda untuk memberikan anda maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (contoh: komunikasi pemasaran, kempen atau promosi). Ini boleh dilakukan melalui cara seperti e-mel, iklan, SMS, panggilan telefon dan mel pos setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Kami juga mungkin mendedahkan nama, gambar atau video anda secara terbuka apabila anda menyertai kempen, acara atau peraduan.

Tujuan pengumpulan data peribadi

Anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:

  1. untuk urusan perniagaan di antara anda dan kami dan/atau syarikat-syarikat berkaitan dengan atau yang bergabung dengan kami, pembekal perkhidmatan dan rakan-rakan niaga kami;
  2. untuk mempertimbangkan dan/atau memproses permohonan / transaksi anda dengan kami atau transaksi atau komunikasi anda dengan pihak ketiga melalui Perkhidmatan;
  3. untuk mengurus, mengendali, mentadbir dan memberi anda serta untuk memudahkan penyediaan Perkhidmatan kami, termasuk, tanpa batasan, mengingati pilihan anda;
  4. untuk menyesuaikan pengalaman anda melalui Perkhidmatan dengan memaparkan kandungan mengikut kepentingan dan pilihan anda, menyediakan kaedah yang lebih cepat untuk anda mengakses akaun anda dan mengemukakan maklumat kepada kami dan membenarkan kami menghubungi anda, jika perlu;
  5. untuk memproses permohonan-permohonan untuk produk dan Perkhidmatan;
  6. untuk pengenalpastian dan/atau pengesahan;
  7. untuk tujuan penilaian dan/atau usaha wajar;
  8. untuk melaksanakan arahan anda dan untuk tujuan penyediaan produk dan Perkhidmatan kepada anda, sama ada diberikan secara bersemuka atau melalui medium telefon atau elektronik, termasuk untuk pemprosesan resit dan bayaran;
  9. untuk mengekalkan dan mentadbir sebarang kemas kini perisian dan/atau kemas kini dan sokongan lain yang mungkin diperlukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran Perkhidmatan kami;
  10. untuk tujuan pemprosesan data;
  11. untuk menilai dan memantau pemberian Perkhidmatan;
  12. untuk bertindak balas, memproses, menangani atau menyelesaikan transaksi dan/atau memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan tertentu dan memaklumkan kepada anda tentang isu-isu perkhidmatan dan pergerakan akaun yang luar biasa;
  13. untuk menangani atau memudahkan perkhidmatan pelanggan, menjalankan arahan anda, berurusan dengan atau menjawab apa-apa pertanyaan yang diberikan oleh (atau kononnya diberikan oleh) anda atau bagi pihak anda;
  14. untuk membenarkan pengguna lain untuk berkomunikasi dengan anda di laman web kami, termasuk untuk memaklumkan kepada anda apabila pengguna lain telah menghantar mesej peribadi kepada anda atau menyiarkan komen untuk anda di laman web kami;
  15. untuk memahami keperluan anda dan menawarkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan tersebut;
  16. untuk tujuan kajian dan pembangunan bagi produk dan perkhidmatan untuk kegunaan pelanggan;
  17. untuk membolehkan kami, syarikat-syarikat berkaitan dan/atau berhubungan dengan kami, pembekal perkhidmatan dan rakan-rakan perniagaan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka;
  18. untuk tujuan pengutipan hutang;
  19. untuk tujuan menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan kami daripada pihak lain ke atas kami dan/atau sekutu-sekutu kami;
  20. untuk menjalankan operasi kawalan termasuk menentukan jumlah yang terhutang kepada atau oleh anda, pembayaran kepada atau koleksi apa amaun daripada anda dan dari mana-mana orang yang menyediakan jaminan bagi kewajipan anda dan menguatkuasakan apa-apa caj atau sekuriti lain yang diberikan oleh atau untuk anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami;
  21. untuk membolehkan sesebuah pihak untuk menilai sebarang tugasan sebenar atau dicadangkan, penyertaan, subpenyertaan dan/atau novasi hak-hak dan/atau kewajipan kami;
  22. untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan, yang mungkin melibatkan pendedahan, notifikasi dan penyimpanan rekod;
  23. untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk laporan dalaman dan undang-undang dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
  24. untuk tujuan pemindahan atau cadangan pemindahan mana-mana bahagian kepentingan, kewajipan, bisnes dan/atau operasi kami;
  25. untuk menyimpan, menganjurkan, menyandarkan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda;
  26. untuk menjalankan penyelidikan, penilaian, pentadbiran dan tugasan operasi (termasuk kajian pasaran dan pelanggan, ketekunan wajar, peningkatan perkhidmatan dan pengembangan produk, pengurusan risiko, penubuhan system, penarafan kredit, dan latihan);
  27. untuk apa-apa tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan atau dengan kebenaran anda; dan
  28. untuk semua tujuan-tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana di atas,

(secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan yang Dibenarkan”).

Ini mungkin memerlukan, antara lain, berkongsi maklumat statistik dan demografi mengenai pengguna kami dan penggunaan Perkhidmatan mereka dengan pembekal iklan dan pengaturcaraan. Ini tidak termasuk apa-apa yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara khusus atau untuk mengetahui maklumat individu tentang anda.

Di samping itu, kami boleh berkongsi atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar negara untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Namun, kami tidak akan memindah atau mengizinkan pemindahan data peribadi anda ke luar negara melainkan pemindahan tersebut mematuhi undang-undang yang terpakai.

Penggunaan dan pendedahan

Data peribadi anda tidak akan didedahkan oleh kami kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali kepada:

  1. syarikat-syarikat di dalam kumpulan syarikat kami (termasuk syarikat induk, subsidiari, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu kami);
  2. pemegang amanah, rakan kongsi perniagaan, vendor, pembekal, ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, syarikat insurans, penasihat professional, bank dan/atau institusi kewangan yang memberi perkhidmatan perbankan, amanah, kiriman wang, pentadbiran, perkhidmatan pos, telekomunikasi, pusat panggilan, proses perniagaan, perjalanan, visa, pengurusan ilmu, sumber manusia, memprosesan data, teknologi maklumat, komputer, pembayaran, kutipan hutang, semakan rujukan kredit atau penjelasan sekuriti (securities clearing) atau perkhidmatan lain kepada kami;
  3. juruaudit, perunding perniagaan, akauntan, peguam atau penasihat profesional lain kami dan/atau perunding yang kami fikirkan perlu dan sesuai;
  4. mana-mana pihak yang mengaku janji untuk menyimpan data peribadi sulit setakat perlu untuk memenuhi Tujuan-Tujuan yang Dibenarkan yang berkaitan, atau kepada siapa kami diarahkan atau dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan kepada, termasuk pendedahan kepada mahkamah, tribunal, undang-undang, badan kawal selia, cukai dan pihak berkuasa kerajaan yang lain; atau
  5. mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan oleh POWER ROOT atau penerima pindah hak POWER ROOT berkenaan dengan semua atau sebahagian daripada aset atau perniagaan kami.

Integriti data

Dengan memberikan kami data peribadi anda, anda bersetuju untuk membenarkan kami bertindak sebagai pengguna data bagi tujuan Undang-undang Privasi dan untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda menurut Dasar Privasi ini. Anda bersetuju bahawa kesemua data peribadi yang telah diberikan kepada kami adalah benar, tepat dan lengkap, dan bahawa tidak ada data peribadi yang berniat untuk mengelirukan atau adalah lapuk. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada data peribadi anda, anda perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.

Keselamatan data peribadi anda

Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan data peribadi anda dalam sistem kami. Data peribadi pengguna terkandung di belakang rangkaian yang dijamin dan hanya boleh diakses oleh bilangan pekerja yang terhad yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut.

Walau bagaimanapun, anda hendaklah sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah benar-benar selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami.

Data peribadi pihak ketiga

Jika anda memberi kami data peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau orang yang diberi kuasa atau pengarah daripada organisasi atau syarikat) yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang diminta oleh anda, anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan kebenaran individu tersebut atau sebaliknya anda berhak memberi data peribadi mereka kepada kami dan untuk kami memproses dan menggunakan data peribadi tersebut dengan sewajarnya, dan (ii) memberitahu individu yang berkenaan polisi data peribadi kami dan merujukkan mereka kepada Dasar Privasi ini.

Hak untuk mengakses dan memperbetulkan data peribadi

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami dan untuk menghubungi kami berkenaan sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda. Seperti mana kami mempunyai hak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian statutori dalam mengumpul, mengguna dan mendedahkan data peribadi anda, anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda.

Jika dibenarkan di bawah Undang-undang Privasi, kami berhak untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munsasabah bagi mendapatkan kembali rekod data perbadi anda. Dalam hal ini, kami akan memaklumkan jumlah yuran sebelum memproses permohonan anda.

Penarikbalikan persetujuan

Anda boleh menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada pemakaian berterusan penzahiran, penyimpanan dan/atau pemprosesan data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di bawah, tertakluk kepada syarat-syarat dan/atau limitasi yang dikenakan oleh undang-undang atau regulasi-regulasi terpakai.

Sila ambil maklum bahawa jika anda menyampaikan penarikbalikan persetujuan kepada penggunaan, penzahiran, penyimpanan atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan dan cara seperti yang dinyatakan di atas, atau menggunakan hak anda yang sedia ada di bawah undang-undang tempatan yang terpakai, kami mungkin tidak dapat terus membekalkan Perkhidamatan kepada anda atau melaksanakan mana-mana kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak terus menyediakan produk-produk dan perkhidmatan kepada anda, atau melaksanakan kontrak dengan anda. Kami secara nyata merizabkan hak undang-undang dan remedi kami dalam situasi seperti ini.

Bawah umur

Kami tidak menjual produk untuk pembelian oleh kanak-kanak di bawah umur (untuk ditentukan berdasarkan undang-undang terpakai), dan tidak bermaksud untuk menyediakan mana-mana Perkhidmatan atau penggunaaan laman ini kepada kanak-kanak di bawah umur. Kami tidak secara sengaja mengumpul mana-mana data peribadi yang berkenaan dengan kanak-kanak di bawah umur.

Anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda melebihi usia majoriti dan anda mampu memahami dan menerima syarat Dasar Privasi ini. Jika anda berusia di bawah, anda boleh menggunakan laman web kami hanya dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan anak-anak di bawah penjagaan anda menyerahkan data peribadi kepada kami. Sekiranya data peribadi kanak-kanak kecil itu dizahirkan kepada kami, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi kanak-kanak itu dan menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakannya.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan mana-mana Perkhidmatan di atas laman ini yang tidak dibenarkan oleh diri anda, pengguna yang bertindak bagi pihak anda atau mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk membuat keputusan anda sendiri mengenai penggunaan Perkhidmatan di atas laman ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan di atas laman ini.

Laman sesawang pihak ketiga

Laman web kami mungkin mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman sesawang lain yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain, termasuklah sekutu-sekutu perniagaan kami, para penjual atau pintu masuk pembayaran. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman-laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak-pihak tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak amalan dasar privasi laman-laman sesawang ini untuk mengenalpasti cara mereka mengendalikan mana-mana maklumat yang dikumpul dari anda.

Penafian berkaitan keselamatan dan laman sesawang pihak ketiga

KAMI TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN DATA PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT LAIN YANG ANDA BERIKAN KEPADA LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA. Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk mengekalkan keselamatan data peribadi anda yang berada dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami. Data peribadi anda terkandung di rangkaian yang selamat dan hanya boleh diakses oleh beberapa orang yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut, dan dikehendaki menyimpan data peribadi sulit. Apabila anda membuat pesanan atau mengakses data peribadi anda, kami mencadangkan supaya menggunakan server yang selamat. Semua data peribadi atau maklumat sensitif yang anda berikan encrypted ke pangkalan data kami untuk diakses hanya seperti yang dinyatakan di atas.

Dalam usaha untuk memberi anda nilai yang lebih tinggi, kami mungkin memilih pelbagai laman sesawang pihak ketiga untuk memautkan, dan bingkai dalam, laman ini. Kami juga boleh mengambil bahagian dalam penjenamaan bersama dan hubungan lain untuk menawarkan e-dagang dan perkhidmatan dan ciri lain kepada pelawat kami. Laman sesawang yang terpaut ini mempunyai dasar privasi dan pengaturan keselamatan berasingan. Sekalipun pihak ketiga berafiliasi dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman yang dipaut ini, masing-masing mempunyai privasi dan cara pengumpulan data tersendiri dan yang berasingan dari kami. Data yang dikumpul oleh rakan kongsi bersama rakan kami atau laman sesawang pihak ketiga (walaupun ditawarkan pada atau melalui laman kami) mungkin tidak diterima oleh kami.

Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan, pengaturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman-laman sesawang yang berkaitan. Laman-laman yang dipautkan ini hanya untuk kemudahan anda dan oleh itu anda mengaksesnya adalah dengan risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk melindungi integriti laman kami dan pautan yang diberikan kepada setiap daripada mereka dan oleh itu mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai laman sesawang ini yang berkaitan (termasuk, tanpa batasan, jika pautan tertentu tidak berfungsi).

Permohonan atau pertanyaan

Permintaan atau pertanyaan tersebut atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada sales@powerroot.com.my

Pengasingan

Kami berusaha untuk memastikan bahawa Dasar Privasi ini mematuhi Undang-undang Privasi yang relevan dan undang-undang lain yang berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana peruntukan-peruntukan ini didapati adalah menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut adalah dianggap sebagai diasingkan daripada Dasar Privasi ini dan tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan seluruh Dasar Privasi ini. Klausa ini hanya boleh digunakan dalam bidang kuasa di mana terma-terma khusus menyalahi undang-undang.

Perubahan kepada Dasar Privasi

Kami mempunyai hak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan atau pindaan kepada Dasar Privasi ini akan dimaklumkan melalui laman web kami atau melalui mana-mana cara yang kami melihat sebagai sesuai dan wajar.

Penggunapakaian versi Bahasa Inggeris

Mengikut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Dasar Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Versi bertarikh 12 Mei 2022

© FRENCHÉ ROAST Dasar Privasi