Lebih Pekat Dan Kuat,

Seperti Kopi Segar Dibancuh

Bagi saya, meminum kopi ibarat la jouissance - erti nikmat sebenar!

Ada kalanya kehidupan kami seolah hanya penuh keseronokan dan cinta tanpa memikir masa hadapan. Tetapi inilah semangat dan budaya kami. La passion pour la vie – ghairah kehidupan.

Kami gemari Beurre kami – mentega Perancis tulen yang tiada tandingan!

Kami gemari Pâtissier kami dan kesenian yang dicipta oleh mereka dalam setiap pastri, dan

Kami gemari Café yang lebih pekat, kuat dan berasa sedikit pahit manis. (Café merujuk kepada Kopi dalam Bahasa Perancis)

Inilah ilham di sebalik Frenché Roast. Pakar kopi kami memanggang biji kopi Arabica dan Robusta bermutu dengan perlahan sehingga mencapai 'retakan kedua' – teknik yang memerlukan lebih masa, kemahiran dan kesabaran.

Citarasa Kesenian yang Termashyur

Setiap cawan Frenché Roast kaya dengan kualiti yang tidak terbanding.

Biji Kopi:

Adunan biji kopi Arabica dan Robusta terpilih yang paling berkualiti.

Panggangan:

Kami memanggang biji kopi dengan teknik tradisional Perancis. Biji kopi Arabica dan Robusta dipanggang secara perlahan pada haba tinggi untuk lebih lama sehingga mencapai 'retakan kedua'. Inilah apabila minyak di dalam biji kopi dibebaskan untuk memberi aroma pangganggan dengan sedikit rasa pahit manis..

Proses:

Selepas memanggang, kami membeku kering ekstrak kopi sehingga -40˚C, sebelum mengisarkannya menjadi butiran kecil dan menjalani proses pengeringan vakum pada suhu rendah. Ini mengekalkan rasa dan aroma semulajadi kopi.

Selepas itu, kami menggunakan teknologi Microground yang canggih untuk mengisar butiran kopi dibeku kering dalam persekitaran bebas oksigen dan bersuhu ultra rendah. Ini memastikan aroma dan minyak kopi semulajadi tidak hilang. Mmm… haruman kopi yang dibancuh segar… Magnifique!